ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Friday, March 11, 2016

Wanita OKU Sindrom Down Rentung Dalam Bilik Air..!


GOMBAK – Seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang mengalami kecacatan sindrom Down ditemui rentung di bilik air rumahnya dalam satu kebakaran membabitkan dua unitrumah di Jalan Gombak, Batu 6 1/2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mayat wanita yang rentung itu berada dalam ke­adaan terlentang dalam bilik air rumah sewanya.

Difahamkan, mangsa, Leni Marlina Syafril (gambar), 39, ditinggalkan bersendirian di dalam rumah dan dikunci daripada luar kerana ibunya pergi mendapatkan rawatan diHospital Selayang.

Menurut jiran mangsa, Rasihan Arif, 33, ketika kejadian, dia bersama ahli keluarga yang lain sedang tidur di tingkat atas sebelum terhidu bau asap yang kuat.

“Saya terus bangun dan melihat api sudah marak menjilat rumah yang disewa oleh ibu mangsa bersama anak perempuannya itu sebelum api terus merebak ke rumah sebelah".

*sumber

Thursday, March 10, 2016

[Video] Saat-saat Cemas Budak Jatuh Dari Van Diatas Jalan Raya..!!!


Rakaman video dari sebuah kereta menunjukkan seorang budak berumur 2 tahun tiba-tiba terjatuh diatas jalan raya melalui pintu belakang van tersebut sewaktu datuknya menggerakkan van itu. (Video boleh dilihat dibahagian bawah post ini)

Selepas dari itu, kanak-kanak tersebut dilihat bangun dan cuba untuk mengejar van datuknya di tengah-tengah jalan raya yang sedang sibuk. Mujur pemandu dibelakang van itu ternampak budak itu terjatuh, dengan segera mereka terus mengambil budak itu ditengah-tengah jalan raya.

Datuk kepada budak itu, YANG Defu, berkata "saya tengah menunggu lampu untuk hijau. Selepas melepasi lampu isyarat tersebut ada sebuah kereta mengejar saya dan membunyikan hon berkali-kali".

"Pemandu tersebut memberitahu saya bahawa ada budak jatuh dari van saya. Saya pun terus melihat ke belakang, memberhentikan van dan terus turun mencari cucu saya".

YANG berkata pintu belakang van nya itu sudah rosak kerana beberapa hari lepas bahagian belakang van nya itu terlibat dalam kemalangan.

Insiden ini berlaku di bandar Suzhou bahagian timur China.

*video

*sumber

Pemandu Van Scooby Doo Diburu Polis...!!!


Polis dibahagian utara California sedang menjejaki pemandu van yang memandu van yang menyerupai Mystery Machine dari siri kartun Scooby Doo.


Van tersebut terlibat dalam sesi kejar mengejar dengan anggota polis merentasi 4 negeri dengan kelajuan melebihi 100mph.

Pemandu van, Sharon Turman, 51, sudah pun meninggalkan van beliau ketika van nya ditemui, ramai penduduk disitu mengatakan van tersebut sudah menjadi seperti rumah beliau, dan sekarang van itu telah disita.

                        Sharon Turman

Penduduk tempatan juga menyifatkan beliau sebagai "baik hati" kerana beliau sentiasa tidak kisah sekiranya ada orang yg ingin bergambar dengan van tersebut. Ramai juga yang terkejut bahawa van kesukaan mereka terlihat dalam berita tv dalam sesi kejar mengejar dengan polis.

Sesi kejar mengejar itu berlaku menurut KRCR News, apabila Sharon Turman pergi untuk membuat sesi rutin pemulihan akhlak dan selepas itu beliau membuat keputusan untuk memecut van beliau.

Pegawai akhlak beliau menghubungi pihak polis yang membawa 4 buah kerea polis dan sebuah helikopter untuk mengejar van tersebut.

Dalam sesi kejar mengejar itu akhirnya pihak polis terpaksa berundur kerana cara pemanduan Sharon Turman terlalu berbahaya dan laju. Seorang daripada pegawai polis yang terlibat dalam kejar mengejar itu berkata Sharon Turman hampir melanggar kenderaan lain dan membelah lampu isyarat merah pada kelajuan 70mph.

Sharon Turman masih lagi dalam pencarian polis sekarang ini, kerana hanya van beliau sahaja dijumpai berada dikawasan Cottonwood di Bandar Tehama.

*sumber

[Video] Wanita Ditahan Memandu Kereta Dengan Pokok Melekat Dihadapan Kereta...!!!


Seorang wanita berhadapan dengan tindakan mahkamah setelah aksinya memandu kereta dengan pokok terlekat dibahagian hadapan bumper kereta berjaya dirakamkan. (Video boleh dilihat pada link di penghujung post ini)

Polis di Roselle, illinios, berkata pokok itu berketinggian 15 kaki.

Aksi yang dirakamkan pada bulan januari 2016 itu menerima beribu-ribu likes dan share pada page Facebook Jabatan Polis negara berkenaan.

Naib Ketua Polis, Roman Tarchala memberitahu Chicago Tribune " kami tidak berada disana semata-mata untuk mengukurnya, tetapi is sebatang pokok yang amat besar dengan hanya melihat saja".

Selepas polis menahan pemandu wanita tersebut pada pukul 11.10malam bertarikh 23 januari 2016, mereka terlihat airbag juga sudah terkeluar, mungkin selepas melanggar pokok itu.

Pemandu yang bersalah itu, Maryann Christie, 54, memberitahu polis bahawa beliau terlanggar pokok di sesuatu tempat tetapi beliau tidak ingat di mana.

Wanita tersebut ditahan reman dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan akan dibicarakan di DuPage Country Court pada 15 April 2016 ini.

*video (updated link :D)

*sumber

Applikasi Whatsapp Sudah Tidak Dapat Digunakan Untuk Peranti Lama...!!!


BERLIN – Aplikasi mesej, WhatsApp mengumumkan bahawa pihaknya akan menamatkan perkhidmatan melibatkan beberapa sistem operasi telefon pintar lama menjelang akhir tahun ini.

Langkah itu melibatkan telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi BlackBerry OS termasuk BlackBerry 10, Nokia S40 dan Symbian S60, Android 2.1 (Eclair) serta 2.2 (Froyo) di samping platform Windows 7.1.Pengguna sistem operasi itu tidak akan dapat menggunakan WhatsApp melainkan mereka bertukar kepada platform lebih baharu menjelang hujung tahun ini.

Bagaimanapun, versi lebih baharu Android termasuk pemprosesan 2.3 (Gingerbread) atau lebih tinggi masih boleh digunakan untuk menghantar dan menerima mesej WhatsApp.

Menurut syarikat berkenaan, sistem operasi lama itu tidak lagi sesuai dengan pembangunan aplikasi WhatsApp yang semakin canggih.

WhatsApp juga mahu memberi tumpuan kepada versi baharu Android, iOS dan Windows yang kini digunakan oleh sebahagian besar pemilik telefon pintar.

Apabila aplikasi mesej itu dilancarkan pada 2009, lebih 70 peratus telefon pintar masih menggunakan sistem operasi BlackBerry dan Nokia.

*sumber kosmo

Android N Sudah Dilancarkan...!!!!




Sebelum ini, segala butiran-butiran Android N telah pun di rungkaikan sedikit demi sedikit, tetapi sekarang ia dengan rasminya telah dibawa keluar oleh Google. Google baru saja membuat kenyataan bahawa "ia sudah keluar kepada mereka - mereka yang ingin mengujinya di dalam Developer preview".

Banyak perubahan yang Google lakukan terhadap Android N termasuklah siatem multitasking yang baru, pengubahsuaian panel notifikasi dan juga peningkatan terhadap penjimatan bateri Google yg di kenali sebagai Doze.

Preview Android N ini akan hanya boleh diguna pakai buat masa ni untuk model phone Nexus 6P, Nexus 5X, Nexus 6, Pixel C, Nexus 9, Nexus Player dan juga model Android One.

Yang paling menggemparkan sekali sudah tentulah sistem multitasking baru yang menggunakan split-screen multitasking. Iaitu fungsi yang membenarkan 2 applikasi berjalan serentak serta sebelah menyebelah seperti yang terdapat pada telifon pintar jenama Samsung.

Panel Notifikasi juga diberi nafas baru. Kita boleh reply terus apa2 pesanan hanya melalui API dari Android Wear, ia sepatutnya memudahkan lagi untuk developer diluar sana memberi sokongan aplikasi.

Akhir sekali, fungsi Doze mampu menjimatkan bateri lebih daripada biasa, hanya apabila skrin dipadamkan pada jangka masa yang lama. Maknanya hanya sesetengah aplikasi "yang penting" sahaja yang akan berfungsi apabila skrin dipadamkan.

Banyak lagi yang boleh dibaca di The Official Google Medium pada link dibawah, juga terdapat cara-cara nak memulakan Developer Preview untuk Android N ini.

*sumber = link1 , link2

Advertisement