ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, March 10, 2016

Android N Sudah Dilancarkan...!!!!




Sebelum ini, segala butiran-butiran Android N telah pun di rungkaikan sedikit demi sedikit, tetapi sekarang ia dengan rasminya telah dibawa keluar oleh Google. Google baru saja membuat kenyataan bahawa "ia sudah keluar kepada mereka - mereka yang ingin mengujinya di dalam Developer preview".

Banyak perubahan yang Google lakukan terhadap Android N termasuklah siatem multitasking yang baru, pengubahsuaian panel notifikasi dan juga peningkatan terhadap penjimatan bateri Google yg di kenali sebagai Doze.

Preview Android N ini akan hanya boleh diguna pakai buat masa ni untuk model phone Nexus 6P, Nexus 5X, Nexus 6, Pixel C, Nexus 9, Nexus Player dan juga model Android One.

Yang paling menggemparkan sekali sudah tentulah sistem multitasking baru yang menggunakan split-screen multitasking. Iaitu fungsi yang membenarkan 2 applikasi berjalan serentak serta sebelah menyebelah seperti yang terdapat pada telifon pintar jenama Samsung.

Panel Notifikasi juga diberi nafas baru. Kita boleh reply terus apa2 pesanan hanya melalui API dari Android Wear, ia sepatutnya memudahkan lagi untuk developer diluar sana memberi sokongan aplikasi.

Akhir sekali, fungsi Doze mampu menjimatkan bateri lebih daripada biasa, hanya apabila skrin dipadamkan pada jangka masa yang lama. Maknanya hanya sesetengah aplikasi "yang penting" sahaja yang akan berfungsi apabila skrin dipadamkan.

Banyak lagi yang boleh dibaca di The Official Google Medium pada link dibawah, juga terdapat cara-cara nak memulakan Developer Preview untuk Android N ini.

*sumber = link1 , link2

No comments:

Advertisement