ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, March 10, 2016

Pemandu Van Scooby Doo Diburu Polis...!!!


Polis dibahagian utara California sedang menjejaki pemandu van yang memandu van yang menyerupai Mystery Machine dari siri kartun Scooby Doo.


Van tersebut terlibat dalam sesi kejar mengejar dengan anggota polis merentasi 4 negeri dengan kelajuan melebihi 100mph.

Pemandu van, Sharon Turman, 51, sudah pun meninggalkan van beliau ketika van nya ditemui, ramai penduduk disitu mengatakan van tersebut sudah menjadi seperti rumah beliau, dan sekarang van itu telah disita.

                        Sharon Turman

Penduduk tempatan juga menyifatkan beliau sebagai "baik hati" kerana beliau sentiasa tidak kisah sekiranya ada orang yg ingin bergambar dengan van tersebut. Ramai juga yang terkejut bahawa van kesukaan mereka terlihat dalam berita tv dalam sesi kejar mengejar dengan polis.

Sesi kejar mengejar itu berlaku menurut KRCR News, apabila Sharon Turman pergi untuk membuat sesi rutin pemulihan akhlak dan selepas itu beliau membuat keputusan untuk memecut van beliau.

Pegawai akhlak beliau menghubungi pihak polis yang membawa 4 buah kerea polis dan sebuah helikopter untuk mengejar van tersebut.

Dalam sesi kejar mengejar itu akhirnya pihak polis terpaksa berundur kerana cara pemanduan Sharon Turman terlalu berbahaya dan laju. Seorang daripada pegawai polis yang terlibat dalam kejar mengejar itu berkata Sharon Turman hampir melanggar kenderaan lain dan membelah lampu isyarat merah pada kelajuan 70mph.

Sharon Turman masih lagi dalam pencarian polis sekarang ini, kerana hanya van beliau sahaja dijumpai berada dikawasan Cottonwood di Bandar Tehama.

*sumber

No comments:

Advertisement