ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, March 10, 2016

[Video] Wanita Ditahan Memandu Kereta Dengan Pokok Melekat Dihadapan Kereta...!!!


Seorang wanita berhadapan dengan tindakan mahkamah setelah aksinya memandu kereta dengan pokok terlekat dibahagian hadapan bumper kereta berjaya dirakamkan. (Video boleh dilihat pada link di penghujung post ini)

Polis di Roselle, illinios, berkata pokok itu berketinggian 15 kaki.

Aksi yang dirakamkan pada bulan januari 2016 itu menerima beribu-ribu likes dan share pada page Facebook Jabatan Polis negara berkenaan.

Naib Ketua Polis, Roman Tarchala memberitahu Chicago Tribune " kami tidak berada disana semata-mata untuk mengukurnya, tetapi is sebatang pokok yang amat besar dengan hanya melihat saja".

Selepas polis menahan pemandu wanita tersebut pada pukul 11.10malam bertarikh 23 januari 2016, mereka terlihat airbag juga sudah terkeluar, mungkin selepas melanggar pokok itu.

Pemandu yang bersalah itu, Maryann Christie, 54, memberitahu polis bahawa beliau terlanggar pokok di sesuatu tempat tetapi beliau tidak ingat di mana.

Wanita tersebut ditahan reman dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan akan dibicarakan di DuPage Country Court pada 15 April 2016 ini.

*video (updated link :D)

*sumber

No comments:

Advertisement