ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, July 12, 2012

Artis Indonesia Ini Akui Mahu Bunuh Diri ??





Vokalis kumpulan Kangen Band, Andhika mengakui pernah mahu membunuh diri selepas dia disingkirkan daripada Kangen Band kerana melanggar kontrak.


Menurut laporan daripada detikHot, pihak label Warner Music Indonesia menuntut Andhika disingkirkan dari Kangen Band selepas Andhika menandatangi kontrak bersama dengan pihak label lain.

"Saya ada bertanya dengan Andhika mengenai perkara ini namun apa yang boleh dikatakan olehnya, dia sendiri pening dengan keadaanya sehingga pernah merasa mahu membunuh diri," ujar Dodhy selaku gitaris kumpulan Kangen Band.

Dodhy turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan Andhika yang menandatangani kontrak dengan pihak lain sedangkan dia masih bersama Warner Music. Namun Dodhy tidak menyalahkan Andhika malahan akan tetap menyokong dia walaupun sudah tidak bersama sebagai kumpulan.

Apa yang boleh dikatakan oleh Dodhy adalah mungkin Andhika membuat keputusan untuk menandatangi kontrak lain disebabkan duit serta dia sedikit keliru dengan perjanjian yang dimeterai bersama Warner Music. Sebagai seorang sahabat, dia hanya mampu memberikan nasihat kepada Andhika.

"Saya beritahu dia (Andhika), sebagai orang dewasa, kita buat keputusan jangan mengikut emosi. Guna akal fikiran yang waras. Jika ikutkan nafsu nanti binasa," jelas Dodhy lagi.

Sementara itu, Dodhy memberitahu pihak Warner Music boleh mempertimbangkan untuk tidak menyingkirkan Andhika tetapi dia perlu membayar ganti rugi sebanyak 1 Milliar (RM338 ribu).

"Kami masih berbaik sebuah album lagi bersama syarikat Warner Music iaitu album kelima kami. Menurut pihak syarikat rakaman Warner Music, Andhika harus disingkirkan atau perlu membayar denda sebanyak 1 Milliar," kata Dodhy.


source

No comments:

Advertisement