ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 5, 2011

Nenek Sanggup Gadai Nyawa Untuk Selamatkan Anak Dan Cucu



KANGAR — Seorang wanita nekad memasuki sebuah rumah papan yang sedang terbakar bagi menyelamatkan nyawa ibu dan dua cucunya dalam kejadian di Bukit Temiang dekat sini hari ini.
Che Jaezah Saidun, 45, berkata, semasa memasuki rumah itu, api sudah marak di bahagian bumbung dan telah hampir runtuh namun bersyukur kerana kesemua mereka dapat diselamatkan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari.
Che Jaezah berkata ibunya, Habibah Safar, 70, yang baru menjalani pembedahan mata dan dua cucunya, Tengku Putra Shakirin Mohd Nordin, 5, dan adiknya, Tengku Putri Sofia, 3, berada dalam rumah itu ketika kejadian manakala beliau berada di rumahnya yang terletak berhampiran rumah ibunya.
Katanya, beliau membawa turun ibunya terlebih dahulu ke tempat selamat sebelum bergegas semula ke dalam rumah itu bagi menyelamatkan dua cucunya yang berada dalam sebuah bilik manakala anggota keluarga lain yang menghuni rumah itu keluar bekerja.
Kebakaran itu turut memusnahkan dua buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Johari Othman ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.40 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian bagi mengawal kebakaran.
Turut membantu mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran ialah pasukan bomba sukarela daripada balai bomba sukarela Pauh, Padang Besar, Kuala Perlis, Gial dan Kodiang.
Johari berkata, punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.


No comments:

Advertisement