ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 5, 2011

Kastam Selangor Rampas Gading Gajah Bernilai RM3juta !!



PELABUHAN KLANG — Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor merampas 695 gading gajah seberat dua tan bernilai RM3 juta yang ditemui di dalam salah satu daripada dua kontena yang diisytiharkan berisi plastik hancur kitar semula hari ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Zainul Abidin Taib memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, kontena yang disyaki mengandungi gading gajah itu ditahan di Pelabuhan Barat di sini pada Jumaat lepas dan pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan pagi ini.

Beliau berkata, Kastam Selangor membuat penahanan itu selepas mendapat maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Pulau Pinang bahawa terdapat dua kontena bersaiz 20 kaki (6.09 meter) yang disyaki dimuatkan dengan gading gajah berada di Pelabuhan Barat.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan Kastam mendapati 92 beg plastik dimuatkan di bahagian tengah sebuah kontena tersebut berisi gading gajah bersama barangan ”recycle crush plastic””, katanya.
Maklumat awal siasatan mendapati gading gajah ini berasal dari Tanzania dan akan dihantar ke China sebelum dieksport semula ke negara-negara rantau Asia, katanya.
Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pihaknya masih menjalankan siasatan berikutan rampasan ini. — Bernama


No comments:

Advertisement