ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 5, 2011

Denda RM100k Serta Penjara Jika Dera Haiwan !!



PUTRAJAYA — Seseorang yang didapati mendera haiwan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga enam bulan di bawah Akta Kebajikan Haiwan yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin hari ini.
Beliau berkata, rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, yang memperuntukkan kesemua haiwan, termasuk ikan, serangga dan monyet yang dipelihara dianggap didera jika tidak diberi makan.
"Kita tak bagi makan anjing kita, kita terlupa, itu penderaan. Sebab kita kurung dan dia tidak ada jalan untuk cari makan.
"Jadi kita dalam proses untuk bagi definisi supaya orang sedar bahawa penderaan haiwan ini boleh jadi (berlaku) secara sedar atau tidak," katanya kepada pemberita di sini.
Abd. Aziz berkata, melalui akta itu juga, semua premis yang menempatkan haiwan mesti berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengusaha juga perlu berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia.
Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan setiap tiga atau empat bulan terhadap premis-premis tersebut bagi memastikan ia diselenggara dengan betul serta caj-caj yang dikenakan adalah berpatutan.
Abd. Aziz berkata, peruntukan perundangan itu tidak saja terpakai kepada pengusaha premis yang menempatkan haiwan, tetapi juga individu yang memelihara haiwan.
Beliau berkata, kempen-kempen kesedaran juga akan dilaksanakan dengan kerjasama persatuan-persatuan kebajikan haiwan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkara itu.


No comments:

Advertisement