ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 11, 2011

Khabar Angin Tentang Kematiannya Buat Fidel Castro Ketawa


CARACAS: Fidel Castro, dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen Venezuela awal semalam, berkata, beliau ketawa apabila mendapat tahu mengenai khabar angin yang tersebar beberapa minggu lalu kononnya beliau tenat atau sudah mati.



Bekas Presiden Cuba berusia 85 tahun itu yang juga ikon revolusi, tidak dilihat di tempat awam selama dua bulan sehinggalah gambarnya disiarkan Khamis dan Jumaat lalu, menunjukkan beliau berbual dengan pengulas televisyen Venezuela, Mario Silva.

“Apabila memikirkan siapa yang memulakan khabar angin kononnya saya sudah mati, ia membuat saya ketawa,” kata Castro.


Silva berkata, wawancara itu dilakukan di Havana sebagai usaha untuk memastikan Castro masih hidup.

Castro memerintah Cuba selama hampir 50 tahun sebelum bersara pada 2008. — AFP





** sumber



No comments:

Advertisement