ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 11, 2011

Hutang Kad Kredit Rakyat Malaysia Menjangkau RM28.8 Billion !!


KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit di negara ini nyata masih mempamerkan tabiat perbelanjaan yang sama meskipun jumlah pemilikan kad itu dihadkan kerajaan, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusoff Abd Rahman.



Menurut beliau, sehingga Jun lalu, baki semasa kad kredit yang belum dilunaskan pemegang adalah sebanyak RM28.8 bilion yang mana ia tidak jauh berbeza dengan RM30.8 bilion yang direkodkan pada penghujung 2010.


Katanya, laporan Mastercard Worldwide Inc juga menunjukkan penggunaan kad kreditnya mencatatkan peningkatan sebanyak 37 peratus iaitu daripada RM1.52 bilion pada bulan pertama Jualan Mega pada Julai tahun lalu kepada RM2.1 bilion bagi tempoh sama tahun ini.


“Pengguna sepatutnya mengambil peluang daripada garis panduan baru kad kredit yang dikeluarkan kerajaan untuk mula berhemat ketika menggunakan kad kredit dan lebih bergantung kepada kad debit.


“Apa yang dirisaukan ialah 40 peratus daripada keseluruhan pemegang kad kredit di negara ini hanya menjelaskan bayaran minimum, ia menjadikan hutang mereka bertambah banyak disebabkan kadar faedah yang dikenakan,” katanya.


Sehingga Jun lalu, jumlah kad kredit di pasaran Malaysia berkurangan kepada 8.3 juta daripada 8.5 juta yang direkodkan pada akhir 2010.


Mohd Yusoff berkata, dianggarkan lebih tiga juta rakyat negara ini menggunakan kad kredit keluaran pelbagai institusi kewangan ketika ini.


“Diharap dengan garis panduan baru akan mengurangkan bebanan hutang pemegang kad kredit di Malaysia walaupun jumlah pemegangnya,” katanya.


Sehingga tarikh ini, purata kadar faedah kad kredit yang dikenakan institusi kewangan kepada pemegang adalah antara 13.5 dan 17.5 peratus setahun manakala kadar faedah bagi pembayaran lewat adalah sebanyak lima peratus.


** sumber

Advertisement