ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 11, 2011

Budak Berusia 2tahun Digam Pada Dinding Dan Dipukul Dgn Tali Pinggang !!


DALLAS: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini koma selepas ibunya didakwa melekatkan tangannya pada dinding dengan gam dan memukulnya kerana kencing merata.


Elizabeth Escalona, 22, berdepan dengan tuduhan mendera kanak-kanak selepas dia didakwa mengheret anaknya sekeling rumah di Dallas dan menderanya.



Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan termasuk pada otaknya.


Kanak-kanak itu, Joselyn Cedillo kini bergantung pada mesin penyambung hayat di hospital.


Berdasarkan laporan polis, glu dan cat diletakkan pada tapak tangannya menyebabkan kulitnya menggelupas teruk.


Seorang anggota keluarga memberitahu wartawan, kanak-kanak itu juga mengalami patah tulang, calar-balar dan kecederaan di kepala.


Elizabeth dikatakan mengheret anaknya sebelum menggam tangannya pada dinding sehingga berdarah.


Dia kemudian memukul perut kanak-kanak itu dengan jag susu, menendang dan memukulnya lagi dengan kasut dan tali pinggang.


Polis berkata, beberapa orang pernah menyaksikan dia memukul anaknya itu sebelum ini.


Elizabeth boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Tiga anaknya yang lain kini diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.


** sumber

No comments:

Advertisement