ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 11, 2011

Kecuaian Ibu Menyebabkan Dua Budak Dilarikan Lelaki Nepal !!


PONTIAN 10 Sept. - Kecuaian seorang ibu meninggalkan kenderaannya dengan enjin masih hidup di Jalan Sawah, Pekan Nanas semalam untuk membeli kuih, nyaris menyebabkan dua anaknya dilarikan penjenayah.



Kejadian berlaku pukul 1.30 petang, apabila seorang suspek warga Nepal, bertindak melarikan kenderaan pacuan empat roda milik wanita itu selepas melihatnya ditinggalkan begitu sahaja.


Mujurlah kenderaan dipandu suspek terbabas dan merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, siasatan mendapati wanita berusia 40 tahun bersama dua anaknya berhenti membeli kuih di situ, tanpa mematikan enjin Toyota Hilux.


"Suspek yang melihat peluang itu, melarikan kenderaan tersebut bersama dua anak perempuan mangsa berusia sembilan dan 11 tahun.


"Wanita itu kemudian mengejarnya dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.
"Setibanya di hadapan asrama sekolah, kenderaan itu gagal dikawal dan merempuh tembok. Suspek ditahan oleh orang ramai," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, kedua-dua anak mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan mendapati suspek yang cedera ringan dalam keadaan mabuk.


Zahaliman menasihatkan orang ramai berhati-hati dan sentiasa mematikan enjin semasa meninggalkan kenderaan masing-masing.




No comments:

Advertisement