ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, July 27, 2011

Belum Rasmi Bercerai JLO Sudah Ada Kekasih Lain...!!!!


LOS ANGELES, 20 JULAI 2011: Setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya, Marc Anthony.



Berbagai isu dan persoalan yang timbul tatkala pasangan ini mengumumkan tentang keputusan mereka untuk bercerai pada minggu lalu. Ada yang kata ianya berpunca daripada sikap pemarah Marc Anthony.

Tidak kurang juga yang menganggap bahawa ianya disebabkan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka yang mana Jennifer Lopez dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model berasal dari Cuba, William Levy.

(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)

Model yang dimaksudkan itu pula pernah muncul dalam muzik video Jennifer Lopez untuk lagu I'm Into You dan memang dia kacak, tinggi dan sasa pun jika hendak dibandingkan dengan Marc Anthony.

Hubungan mereka terjalin selepas kedua-dua mereka menjayakan muzik video tersebut. Bahkan, baru-baru ini, mereka dilihat sedang menghabiskan masa berdua-duaan dalam keadaan yang cukup intim dan mesra di sebuah pantai di Mexico.

Tentang Marc Anthony, dia sudah pun mengakui bahawa hubungannya dengan Jennifer Lopez sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Malah, dia juga sudah mengaku yang dia kini sudah kembali single.

Baru-baru ini, Marc telah membawakan lagi Latin berjudul No Hay Nadie Como Ella yang bermaksud None Like Her di dalam bahasa Inggeris. Peminatnya percaya lagu tersebut telah ditujukan oleh Marc khusus buat Jennifer.

(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)


1 comment:

A to Z Lyrics said...

biasa laa tu 'dunia artis!' semua pon macam pakai pampers, pakai buang! tukar baru.. buang yang lama.. wuahaha!

Advertisement