ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, July 27, 2011

Jimmy Shanley Enggan Lepaskan Isteri Tanpa Sebab Kukuh...!!!!!!!



KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2011: Biarpun Nursuhaila Eliani Shuhaimy nekad untuk meminta cerai daripada Jimmy Shanley, namun bekas pengacara Trek Selebriti itu enggan melepaskan isterinya tanpa sebab yang kukuh. Apa lagi bila talak terletak di tangannya.

Kata Jimmy Shanley lagi, sebagai isteri, Nursuhaila seharusnya patuh kepada perintah dan arahannya kerana dia yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap wanita tersebut.

"Saya tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki. Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)

"Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.
"Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak," katanya dalam satu kenyataan terhadap akhbar harian.

Ditanya mengenai sikapnya yang suka memukul dan mengongkong, Jimmy Shanley menjawab, semuanya berlaku kerana isterinya enggan mendengar kata-katanya.
"Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

"Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya. Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah,"tegasnya lagi.

Mengulas mengenai sikapnya yang suka mengadu kepada ibu mertua berbanding isterinya mengenai masalah mereka, ucap Jimmy Shanley , ianya berlaku disebabkan kesukaran menghubungi isterinya.
"Saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang. Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

"Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi. itu saja..," jelasnya.

(jangan lupa untuk like page mambang diFaceBook : Page Mambang)


1 comment:

A to Z Lyrics said...

dunia dunia... ini laah diaaa dunia artis!... apa pon mesti cepat berpecah belah.... mudah2an.. Jimmy dapat mengukuhkan.. perkahwinannya...~ sampai ke anak cucu!

Advertisement