ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, July 27, 2011

Artis Hollywood TERKEJUT Tentang Kematian Amy Winehouse...!!!!


LOS ANGELES, 25 JULAI 2011: Kematian penyanyi Rehab, Amy Jade Winehouse atau Amy Winehouse pada Sabtu lalu (23 JUlai 2011) bukan saja telah mengejutkan kalangan peminatnya tetapi juga beberapa rakan artisnya dari Hollywood.


Misalnya seperti Rihanna, Nicki Minaj dan Kelly Osbourne yang kini lebih banyak menghabiskan masa untuk tinggal Los Angeles berbanding London.

"Sewaktu mendengar berita tersebut, saya rasa seolah-oleh seperti tidak bernafas lagi. Saya amat sayangkan Amy. Malah, dia merupakan salah seorang daripada teman baik saya," katanya sewaktu menulis di dalam akaun twitternya.


Sama seperti Kelly Osbourne, Nicki Minaj juga turut meluahkan perasaannya terhadap kematian Amy Winehouse di dalam laman sosial media tersebut.

Malah, Nicky sama sekali tidak percaya bahawa Amy benar-benar sudah mati. Dia juag turut menganggap beriat kematian Amy itu sebagai satu khabar angin serta gurauan yang tidak berasas.

Sementara Rihanna pula, walaupun tidak percaya dengan berita tersebut, namun dia berharap agar karya Amy Winehouse akan tetap hidup hingga sampai bila-bila pun.

"Saya benar-benar sedih bila mendengar khabar tersebut," kata Rihanna.

Penyanyi British itu meninggal dunia pada 23 Julai 2011 yang lalu pada usia 27 tahun. Dia ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Camden, London. Berita kematiannya itu telah disahkan oleh pihak polis setempat.

Setakat ini punca kematiannya masih belum dapat disahkan lagi. Namun, kebanyakan pihak berpendapat Amy mati kerana overdose. Hal ini disebabkan Amy masih belum mampu meninggalkan tabiatnya yang cukup gemar mengambil alkohol secara berlebihan serta ubat-ubatan yang terlarang.



No comments:

Advertisement