ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, February 19, 2013

Samsung Galaxy S IV Bakal Diumumkan 14 MAC 2013 ini..!!



HTC bercadang ingin mengumumkan tentang telefon pintar yang ber siri "HTC One" hari ini. Sumber pada ketika ini menyatakan  bahawa Samsung bercadang untuk mencuri sedikit perhatian dari HTC dengan mengumumkan dalam beberapa minggu lagi mereka akan mengeluarkan telefon pintar yang bakal menjadi kemegahan Samsung. Menurut sumber, Samsung Galaxy S IV akan diumumkan pada 14 MAC ini.


The Verge (theverge.com) melaporkan yang sumber mereka memang sama seperti apa yang Samsung rancangkan bahawa 14 MAC ini Samsung akan memperkenalkan peranti terbaru mereka itu. Samsung mempunyai kejayaan yang luar biasa dengan penjualan Galaxy S III pada jumlah yang besar ke suluruh dunia. Dengan populariti S III itu, ia membantu Samsung menguasai sebahagian pemasaran daripada Apple dari seluruh dunia.

Pendedahan Galaxy S IV ini juga dikatakan akan berlangsung dengan sesuatu acara yang akan diadakan di bandar New York. Khabar angin juga mengatakan acara ini sebenarnya untuk mendedahkan telefon pintar terbaru yang bakal dikeluarkan, mungkin satu atau lebih bakal didedahkan dan salah satunya ialah S IV. Satu lagi perkara yang tak dapat dipastikan ialah sama ada terdapat atau tidak syarikat telekomunikasi yang akan bersama melancarkan pada acara yang bakal berlangsung 14 MAC ini.

Walaupun tiada fakta atau spesifikasi yang kukuh diberi oleh sumber, ada yang menyatakan bahawa Samsung akan lebih mengutamakan ciri-ciri mentah. Mesti ramai peminat telefon pintar di luar sana yang tak sabar menunggu pengumuman dari Samsung tentang Galaxy S IV ini.

SPEC S IV boleh dilihat di bawah...tapi masih belum official lagi rasanya :

- Samsung Galaxy S IV specification 

Advertisement