ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, February 18, 2013

LG Mendedahkan Optimus G Pro Dapat Mengatasi Note 2..!!



LG telah mengeluarkan peranti Android terbarunya iaitu Optimus G Pro, seminggu lebih awal dari apa yg Mobile World Congress ramalkan.

Optimus G Pro ini telah mula dijual pada minggu ini di Korea Selatan, didukung oleh Android "Jelly Bean" 4.1.2.. Menurut kenyataan di korea, Optimus G Pro ini juga akan dipasarkan di Amerika Utara dan Jepun pada suku kedua tahun ini. Seorang jurucakap di London tidak dapat mengesahkan sama ada peranti ini akan dipasarkan di bahagian Eropah atau tidak.


Jadi, apa yang kita cari? adakah size? Optimus G Pro boleh dikatakan hanya sedikit kecil dari pesaingnya Samsung Galaxy Note 2, ketebalan dan saiz skrin yang sama, tetapi 0.9mm lebih sempit pada skrin dan 4.4mm sedikit rendah. Walaubagaimanapun, Optimus G Pro menggunakan skrin full HD dengan resolusi skrin 1920 x 1080 pixels. Optimus G Pro mempunyai pixel density sebanyak 400ppi, Note 2 hanya sebanyak 267ppi sahaja. Tetapi G Pro ini tidak mempunyai S-pen seperti Note 2.

Pada bahagian dalam, G Pro ini menggunakan 1.7GHz quad-core Qualcomm Snapdragon 600 chipset, sedikit pantas dari 1.6GHz yang digunakan pada processor Note 2.

Lebih pixel dan kuasa pemprosesan akan membuatkan bateri pada peranti cepat habis. LG mengatakan "peranti ini menggunakan kapasiti bateri tertinggi yang terdapat pada jenis ini" iaitu 3140mAh, tapi itu hanya sedikit lebih dari Note 2 iaitu 3100mAh. LG tidak menyatakan lagi berat perantinya itu, agak susah untuk kita bandingkan beratnya dengan Note 2 iaitu 183g. Note 2 menggunakan 8MP camera, G Pro pula 13MP camera.

Selain itu, LG juga menggunakan "QSlide yang telah dinaik-taraf" (iaitu seperti Samsung multitasking Pop-up Play), QuickMemo dan kebolehan yang diberi nama Virtual Reality Panorama, iaitu sama seperti Android's stocl 360-degree Photo Sphere function. G Pro juga boleh merekod video melalui kamera depan dan kamera belakang secara serentak. Ia juga mendukung sistem mengecas tanpa wayar (wireless charging).

Bagaimana ini semua untuk dibandingkan dengan telefon pintar terbesar Samsung? Pada kertas nampaknya memang terdapat peningkatan daripada Note 2, tetapi kemungkinan Note 3 akan keluar juga pada tahun ini. Ini sudah tentu kelihatan seperti LG Optimus G Pro tidak mempunyai apa2 untuk menggemparkan suasana. Jadi ujian sebenar sama ada Optimus G Pro ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada harganya, yang masih belum di beritahu dari LG.


1 comment:

Chot said...

boleh tahan menarikk..hurmm..tggu announce price pulak...

Advertisement