ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, December 12, 2011

Kantoi Walaupun Cuba Seludup Kokain Dalam PERUT !!



SAO PAULO: Seorang lelaki Britain ditangkap kerana cuba menyeludup dua kilogram kokain dari Brazil, di dalam perutnya.



Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Congonhas di Sao Paulo ketika cuba menaiki pesawat menuju ke Senegal.


Keputusan sinar-X terhadap perutnya menunjukkan 89 kapsul dadah kelas A yang berat setiap satu kurang sedikit daripada 30 gram.


Lelaki itu yang namanya belum didedahkan, ditangkap ketika mendaftar masuk apabila polis menyedari ada yang tidak kena dengan pasportnya.


Ketua Polis, Jose Alonso berkata, lelaki itu mempunyai pasport Britain dan Nigeria tetapi maklumat didalamnya tidak sama.


Kokain berkenaan dikeluarkan dari perutnya di hospital beberapa jam selepas dia ditahan.


Polis berkata, dadah yang bernilai $286,000 (RM1.4 juta) itu ialah untuk jualan di Eropah.


Lelaki itu berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan menyeludup dadah jika sabit kesalahan.





source

No comments:

Advertisement