ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, October 12, 2011

Wanita Mati Ditumbuk Ahli Keluarga Sendiri !! Apa Nak Jadi Dunia Ni....


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang ditemui mati di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood, Kuala Kubu Bharu pada Ahad lalu, dipercayai mati akibat tumbukan yang kuat di bahagian kepala dan mukanya.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy, berkata hasil bedah siasat Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam otak akibat perbuatan itu. "Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang objek digunakan.

Kesan tumbukan terdapat pada bahagian leher kiri mangsa dan mangsa juga dipercayai tidak dicekik kerana tulang leher mangsa tidak patah," katanya hari ini.
Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan berapa kali mangsa ditumbuk.
Mangsa dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan anggota keluarga terdekatnya.
Mayat S Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam.

Berhubung penahanan dua orang suspek iaitu saudara terdekat mangsa, Norel Azmi, berkata suspek kini masih ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan. - Bernama


1 comment:

Advertisement