ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, October 26, 2011

Laman Wikileaks Pula Nampaknya Bakal Berkubur !!

LONDON - Pengasas laman pembocor maklumat, WikiLeaks, Julian Assange, kelmarin menyatakan mereka mungkin terpaksa menghentikan kegiatan menerbitkan dokumen rahsia kerajaan untuk mengumpulkan semula dana selepas syarikat kad kredit Amerika Syarikat (AS), Visa dan MasterCard mengenakan sekatan bagi bantuan kewangan terhadap mereka.


Assange berkata, WikiLeaks masih memerlukan AS$3.5 juta (RM11 juta) bagi meneruskan operasinya untuk tahun akan datang.

Syarikat kad kredit, Visa dan MasterCard berhenti menyalurkan dana kepada WikiLeaks pada Disember tahun lalu. selepas AS mengkritik tindakan WikiLeaks membocorkan ribuan maklumat sulit diplomatik yang diperoleh daripada kedutaan negara itu di seluruh dunia.

Dalam tempoh 24 jam sebelum sekatan tersebut, WikiLeaks mendakwa mereka ada menerima dana berjumlah AS$135,000 (RM422,000) tetapi secara purata kini mereka hanya memperoleh AS$9,700 (RM30,300) sebulan.

Assange menyatakan tidak ada alasan yang sah di sisi undang-undang berhubung sekatan tersebut kerana WikiLeaks sendiri telah memberi pulangan hasil sebanyak 95 peratus kepada syarikat itu sebelum ini.





sumber

No comments:

Advertisement