ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, October 5, 2011

Dasyatnya, Koma Akibat Silap Tekan Suis - Bilah Mesin Rumput Tertusuk Dalam Kepala !!



ALOR SETAR: Akibat tersilap menekan suis mesin pemotong rumput ketika mahu menukar bilahnya, seorang lelaki, Mohd Abdul Wahab Mat, 37, kini koma dan bertarung dengan maut selepas
satu daripada bilah mesin berkenaan melantun serta menusuk kepalanya.


Kejadian berlaku pada jam 7.10 malam Ahad lalu di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, Jitra, dekat sini dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.


Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata ketika dibawa ke HSB, mata pisau itu dikatakan masih melekat di kepala adiknya dan hanya dibuang doktor selepas menjalani pembedahan tidak lama kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mangsa dikatakan sempat menjerit sebelum pengsan.



“Mereka segera memangkunya sambil memekap kepala dengan kain kerana darah mengalir dengan banyak sebelum menghubungi ambulans,” katanya di sini, semalam.






No comments:

Advertisement