ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 26, 2011

Terengganu Sudi Taja Mat Rempit Untuk Wakili Negeri Dalam Sukan Permotoran !!


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia menaja mana-mana individu terutama mat rempit di negeri ini yang bercita-cita mewakili negeri dalam
perlumbaan motosikal di peringkat profesional, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata, kumpulan pelumba haram atau mat rempit itu sepatutnya mempamerkan kehandalan mereka di litar lumba, dan bukannya di jalan yang boleh membahayakan banyak nyawa dan menyusahkan orang ramai.
"Kerajaan negeri sanggup membantu mereka yang berminat untuk menceburi perlumbaan permotoran... banyak faedah jika mereka menceburi perlumbaan secara profesional berbanding apa yang mereka lakukan sekarang iaitu berlumba di jalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, masalah lumba haram di Terengganu agak ketara sejak kebelakangan ini tetapi kerajaan negeri mengambil pendekatan berhemah dengan mendidik dan memberi sokongan secara positif.
Ahmad berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan persatuan belia dalam usaha mendidik samseng jalanan itu mengubah gaya hidup mereka. – Bernama



Advertisement