ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 26, 2011

Seorang Remaja Maut Ditetak 8 Lelaki !!


IPOH - Seorang remaja maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perusahaan Menglembu di sini malam tadi, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim.
Beliau berkata, mangsa K. Pirathibaraj, 19, berasal dari Taman Buntung di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat
cedera parah di kepala dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Katanya, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat buah motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.
Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.
Motif kejadian belum diketahui dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya sambil menambah bahawa siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai kes jenayah sebelum ini.
Polis melancarkan gerakan memburu kumpulan berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan, katanya. - Bernama



No comments:

Advertisement