ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, September 22, 2011

Taktik Penyeludup Tukar Warna Minyak Ron95 Ke Ron97 Dikesan !!


SANDAKAN: Cubaan menyeludup 70,000 liter minyak petrol bersubsidi ke negara jiran dengan taktik mengubah warna minyak itu menggunakan
bahan pewarna kepada merah menyerupai minyak RON97 gagal apabila kumpit membawa minyak itu ditahan di sini hari ini.


Sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sandakan diketuai pegawai pemerintahnya ASP Gan Ping Sin menahan kumpit dari negara jiran itu di perairan berhampiran Bandar Sandakan pada jam 1.15 pagi ini. 


Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata juragan kumpit berusia 45 tahun bersama sembilan krew kumpit itu berusia 30 hingga 50 tahun, kesemua mereka rakyat Filipina, turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata ketika diperiksa, juragan kapal mengemukakan empat keping nota penghantaran berjumlah 60,000 liter minyak petrol RON97 dan boucer pemuatan berjumlah 20,000 liter petrol RON97 bertarikh 26 Ogos 2011 yang mencurigakan kerana kumpit itu hanya masuk ke Sandakan pada 9 September lalu.



"Apabila diperiksa kumpit itu membawa 350 tong dram yang mengandungi 200 liter setiap tong dram yang disyaki minyak bersubsidi RON95 tetapi warna minyak itu diubah kepada warna merah menyerupai RON97," katanya pada sidang akhbar di sini.


Rowell berkata kesemua minyak petrol yang dirampas itu dianggar bernilai RM210,000 dan kumpit itu berdaftar di Pulau Jolo di selatan Filipina. - Bernama




No comments:

Advertisement