ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, September 22, 2011

Samun Motosikal Gadis Guna Parang !!


KUANTAN: Dua lelaki bersenjatakan parang bertindak menyamun motosikal milik seorang gadis dalam satu kejadian di sebuah kawasan perumahan dekat Jalan Sungai Lembing, dekat sini semalam.


Dalam kejadian 3 petang itu, gadis terbabit, 19, diacu sebilah parang dilehernya sebelum dua suspek terbabit
melarikan motosikalnya dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Impianku dekat Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing.


Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata ketika kejadian pelajar terbabit menunggang motosikal bersama rakannya di kawasan berkenaan dan diekori suspek yang turut menaiki sebuah motosikal.

"Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an, secara tiba-tiba menghimpit dan menghalang motosikal mangsa serta menyuruhnya berhenti.



"Suspek yang menyamar sebagai anggota polis itu kemudiannya meminta mangsa berkerjasama dengan suspek berhubung satu kes remaja lari dari rumah bagi membantu siasatan sebelum salah seorang daripada suspek merampas kunci motosikal mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Noor Asyikin berkata sejurus kemudian rakan pembonceng suspek mengeluarkan sebilah parang lalu mengacukannya ke leher mangsa sebelum melarikan motosikal itu.

"Mangsa dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama




No comments:

Advertisement