ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Monday, September 12, 2011

SKMM Digesa Siasat Sindiket SMS Haram !!


JOHOR BAHRU 11 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat kegiatan satu sindiket yang menggunakan nama syarikat besar untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) secara rambang dan mengenakan caj.



Menurut beberapa mangsa, SMS yang tertera nama laman web atau promosi daripada syarikat tertentu itu dikenakan caj RM4 untuk setiap kali penghantaran.


Seorang mangsa, Romli Awang, 43, dari Bukit Mutiara, di sini mula menerima SMS itu sejak Mac lalu tetapi awalnya tidak mengendahkan kerana menyangkakan ia percuma.
"Bagaimanapun, bil telefon saya meningkat setiap bulan dan apabila diadukan ke syarikat telekomunikasi, wakil mereka menyatakan tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak yang menghantar SMS itu juga merupakan pelanggan mereka.


"Saya menerima SMS ini pada awal pagi setiap hari dan hingga bulan lalu caj untuk SMS haram itu mencecah lebih RM100," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, perkara tersebut amat menyusahkannya dan berharap SKMM menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sindiket itu yang jelas menipu.


Seorang lagi mangsa, Mohd. Asri Jantan, 48, dari Taman Setia Indah, di sini menerima SMS tersebut hampir setiap hari dan aduan telah dibuat kepada syarikat telekomunikasi tetapi jawapan yang sama diberikan.


Dia berkata, penyelesaian perlu dilakukan kerana jika tidak ramai pelanggan akan tertipu dan syarikat telekomunikasi juga tidak boleh lepas tangan.


"Bil telefon berlebihan membuatkan saya tidak dapat melakukan tuntutan bayaran bulanan di syarikat tempat bekerja. Saya terpaksa bayar caj SMS itu lebih RM50 sebulan," katanya yang menerima SMS demikian sejak Mei lalu.


Hafidzul Mohd. Anwar, 32, dari Pangsapuri Indah Larkin meminta SKMM menyiasat syarikat telekomunikasi sama ada terlibat kerana sindiket itu seolah-olah dilindungi dan penerima biasanya tidak menyedari penipuan cara itu.


"Siasat dalang di sebalik kegiatan ini kerana syarikat telekomunikasi seperti tidak mahu bertanggungjawab sedangkan pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.




2 comments:

Rosalia said...

ish.ish.mcm2 la manusia ni.nk sng jek.

Mambang Terbang said...

ramai yg amik jalan mudah...yg jadi mangsenye kite :(

Advertisement