ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 24, 2011

Selama 19Jam Warga Emas Dan Perempuan Di Ikat Serta Dipukul 3 Penyamun !!


ALOR GAJAH: Seorang ibu tunggal warga emas bersama anak perempuannya hanya terbayangkan maut apabila kedua-dua tangan mereka diikat, manakala mulut ditampal pita pelekat sebelum seorang daripada mereka
dipukul tiga penjenayah dalam kejadian samun di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah, malam Rabu lalu.


Tiga penjenayah berusia 20-an terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa dengan membakar kayu tingkap bahagian dapur hingga jeriji besi tingkap ditanggalkan dengan mudah. 


Difahamkan, warga emas terbabit, Samidah Yusop, 73, bukan hanya diikat malah dipukul sehingga cedera sebelum penjenayah menyamun dan membiarkan mereka terkurung selama 19 jam sebelum dikesan adiknya sendiri yang menyedari mangsa tidak keluar rumah seharian.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Samidah ke tandas sementara anak perempuan sulungnya, Rosiah Mansor, 56, yang mengalami masalah mental sejak kematian suaminya duduk di kerusi di ruang tamu.



Samidah yang juga kakak sulung kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop, cedera di muka akibat ditumbuk penjenayah selain patah pergelangan tangan kiri dalam kejadian itu dan ditemui adiknya bersama beberapa jiran dalam keadaan tangan terikat dan terbaring di lantai dapur dalam keadaan lemah.







No comments:

Advertisement