ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, September 24, 2011

Nyawa Penduduk Kondo Dalam Bahaya Diancam Serangan Denggi !!



KUALA LUMPUR: Nyawa kami dalam bahaya. Begitu situasi dihadapi penduduk Kondominium Bintang Mas, Cheras, apabila diancam denggi sejak beberapa bulan lalu.


Bukan satu atau dua kes dilaporkan sebaliknya
13 penduduk dilaporkan dijangkiti termasuk beberapa orang daripadanya disyaki denggi.

Penduduk, Roslan Jali, 44, baru pulih dan keluar daripada hospital selepas menjalani rawatan akibat denggi.


“Ketika ini kami sekeluarga diancam denggi. Tiga anak saya pula demam dan mengalami bintik-bintik merah pada badan. 


Saya berulang-alik ke hospital setiap hari kerana mereka dalam pemerhatian dan perlu menjalani pemeriksaan darah.

“Saya baru sembuh itupun selepas ditahan di hospital selama empat hari,” katanya ketika ditemui di kawasan kondominium berkenaan, baru-baru ini.


Menurutnya, bilangan nyamuk di rumahnya semakin meningkat menyebabkan dia memasang ubat nyamuk terutama pada waktu pagi dan petang.





Selain Roslan, beberapa penduduk turut dimasukkan ke hospital dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini termasuk Chuan Tzu Mei, 38, yang mengalami masalah kekurangan darah mendadak.

“Saya menerima lapan peket darah ketika dimasukkan ke sebuah hospital selepas demam empat hari. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya denggi,” katanya.




Dia berkata, masalah denggi bermula sejak tahun lalu dan bilangannya semakin meningkat tahun ini.

“Kami sudah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai masalah denggi dan berharap ia diatasi segera,” katanya.


Namun, selepas pemeriksaan, penduduk dimaklumkan tiada sebarang penemuan tempat pembiakan aedes di perumahan berkenaan termasuk di rumah mereka yang disahkan menghidap denggi.


“Kami percaya nyamuk membiak di kawasan projek perumahan di sebelah rumah kami. Ini kerana sejak projek terbabit dibina, bilangan kes denggi meningkat.


“Terdapat takungan air termasuk di beberapa tong untuk kegunaan membasuh dan mandi pekerja terbabit. Selain itu, air mungkin bertakung di kawasan lantai projek yang terdedah akibat hujan,” katanya.


Seorang lagi penduduk, Chen Jeng Feng, 38, berkata banyak aduan dibuat kepada DBKL sepanjang tahun ini, namun masalah itu masih berlaku, malah bilangan mereka yang dijangkiti denggi meningkat.







No comments:

Advertisement