ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 14, 2011

Pengawal Keselamatan Diburu Polis Kerana Cubaan Samun Dalam Keadaan Bogel !!


AMPANG: Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium di Ampang Jaya diburu polis bagi membantu siasatan cubaan samun dalam keadaan bogel ke atas seorang wanita warga Australia yang sedang mendaki Bukit Belacan, baru-baru ini.

Difahamkan, pengawal keselamatan itu kini menghilangkan diri selepas menyerang wanita yang juga seorang profesor berusia 50-an.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis sudah mengenal pasti identiti suspek.
Semalam, akhbar melaporkan, mangsa yang mengajar di sebuah kolej swasta, diserang seorang lelaki berbogel ketika membawa dua anjingnya bersiar-siar.

Dalam kejadian jam 3 petang, Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pembantu rumahnya yang turut menemaninya dengan melawan serangan suspek terbabit.


** sumber

No comments:

Advertisement