ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 14, 2011

120 Maut Paip Minyak Meletup !!



NAIROBI - Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh selepas satu saluran paip minyak yang merentasi sebuah kawasan setinggan di ibu kota Kenya di sini meletup semalam.
Seorang pegawai berkata, lebih 80 orang dimasukkan ke hospital.
Pegawai berkenaan memberitahu, seorang wartawan agensi berita AP melihat sekurang-kurangnya 40 mayat rentung bergelimpangan di dalam runtuhan rumah-rumah setinggan dalam lingkungan 300 meter di tempat letupan berlaku.
Sebahagian mayat lagi turut ditemui terapung di sebatang sungai berdekatan yang dipenuhi sisa kumbahan.
Beberapa penduduk setinggan itu memberitahu, mereka terjun ke dalam sungai berkenaan selepas tubuh mereka disambar api.
Saluran paip minyak itu melalui kawasan setinggan Embakasi yang terletak di antara pusat bandar dengan lapangan terbang Nairobi.
Setakat ini, jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih belum dapat dipastikan.
Polis menyatakan pihaknya masih mengira mayat mangsa yang maut dalam letupan kuat itu.
"Terdapat kebocoran pada paip minyak itu dan orang ramai datang mengumpulkan minyak yang mengalir keluar.
"Kemudian terdapat satu letupan kuat dan asap serta api menjulang tinggi," kata seorang penduduk, Joseph Mwego. - Agensi


No comments:

Advertisement