ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 20, 2011

Pemilik Kedai Hampir Putus Tangan Diserang !!


GEORGETOWN — Seorang pemilik kedai kopi hampir putus pergelangan tangannya selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu di kedainya Lorong Delima 5, Island Glades, di sini malam tadi.
Loe Hock Guan, 37, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilapor stabil.
Kejadian pada pukul 11 malam itu turut menyebabkan seorang pelanggan
yang dikenali sebagai Tan Soon Lye, 55, cedera di tangan dan dirawat di hospital swasta.
Ketika kejadian, Hock Guan dipercayai duduk di kaunter pembayaran dan tujuh lelaki berumur dalam lingkungan 20-an yang menyerang pemilik kedai itu turut menyelerakkan meja dan kerusi dalam kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, polis kini giat mengesan kesemua suspek di kawasan berkenaan dan dua daripada mereka berasal dari Gelugor dan Padang Tembak.
"Siasatan awal polis mendapati seorang suspek kumpulan terbabit mengambil wang tunai lebih kurang RM1,000 daripada mesin duit dan sebatang besi keluli turut dijumpai di tempat kejadian,” katanya.
Motif serangan itu dipercayai berpunca daripada mangsa dan pekerjanya menegur dua lelaki kumpulan terbabit yang mabuk teruk di kedainya, katanya. — Bernama


No comments:

Advertisement