ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, September 20, 2011

Lembaga Penapisan Filem Teliti Semula Filem Hantu Bonceng !!


KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem 'Hantu Bonceng' yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.


Pengerusinya Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata pihaknya
menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. 


Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan


kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah
satu ayat yang penuh.


"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum
menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama. - Bernama





No comments:

Advertisement