ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 7, 2011

Letupan Di Delhi Meragut 9 Nyawa Dan Mencederakan Lebih 90 Yg Lain !!



NEW DELHI: Sembilan orang terbunuh dan hampir 50 cedera dalam satu letupan di sebelah pagi di luar Mahkamah Tinggi di ibu negara ini hari ini, kata polis.


Insiden itu berlaku di luar pintu pagar ke kompleks mahkamah di mana ratusan orang sedang beratur untuk memasuki premis itu. 



"Ia merupakan letupan antara medium dan intensiti yang tinggi dan menyebabkan lekukan yang dalam di tempat kejadian," kata Setiausaha Dalam Negeri India R K Singh India kepada media.

Bahan letupan itu dipercayai diletakkan dalam sebuah beg bimbit dan diletakkan berdekatan pagar.



Ini merupakan serangan bom kedua berdekatan mahkamah sejak empat bulan lalu.



Pada Mei lalu, bomba berintensiti rendah dibungkus dalam beg politena diletakkan di luar premis mahkamah. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri P Chidambaram memberi taklimat kepada Parlimen mengenai insiden itu dan berkata Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) telah mengambil alih siasatan.

"Ia mungkin sukar untuk mengenal pasti kumpulan yang melakukan serangan bom pada ketika ini.

"Delhi merupakan sasaran kumpulan pengganas. Kita bertekad untuk menjejaki mereka," katanya.

Ibu negara kini diletakkan dalam keadaan berjaga. - Bernama





** sumber

No comments:

Advertisement