ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 7, 2011

Kontraktor Mati Dalam Rompakan Di JB !!


JOHOR BAHRU - Seorang kontraktor syarikat perkapalan maut, manakala isterinya cedera parah selepas ditetak dalam satu rompakan di kediaman mereka di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam di sini semalam.
Mangsa, S. Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala disahkan meninggal dunia pukul 12.04 malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini, manakala isterinya, G. Vijayalakshmi, 45, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Mereka dipercayai dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang.
Salah seorang suspek berusia 39 tahun turut maut apabila kereta Proton Perdana milik mangsa yang dilarikan bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
Menurut pembantu rumah mangsa warga negara India, P. Rasathi, 31, ketika kejadian pukul 7.30 malam itu, kedua-dua majikannya sedang bersembahyang di luar rumah manakala anak kedua mereka V. Deeliip, 12, berada di bilik di tingkat atas.


No comments:

Advertisement