ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 7, 2011

JPJ Negeri Sembilan Adakan Lelongan Awam 20sept ini !!


SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam di Kompleks JPJ Negeri Sembilan, Km 5.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini pada 20 September ini.
Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, syarat dan terma mengenai lelongan awam berkenaan tercatat dalam Dokumen Penjualan Lelong (DPL) yang dijual sejak kelmarin.
"DPL boleh dibeli pada 5 September sehingga 20 September ini sehingga pukul 12 tengah hari di Kompleks JPJ Negeri Sembilan dengan harga RM50,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, pembida yang membeli DPL boleh melihat kenderaan yang akan dilelong mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 13, 14 dan 15 September di lokasi yang tercatat pada DPL. – Bernama


Advertisement