ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Wednesday, September 7, 2011

4 Kereta Terbakar Disambar Api Sampah !!


KUALA LUMPUR – Empat buah kereta yang diletak di kawasan letak kereta Projek Perumahan Rakyat Batu Muda, Jalan Ipoh di sini dilaporkan musnah awal pagi tadi dipercayai disambar api dari kebakaran yang berlaku di tempat pembuangan sampah yang berhampiran.
Kejadian kira-kira 4 pagi itu memusnahkan sebuah kereta Proton Wira, dua buah Toyota Vios dan sebuah Nissan Terrano.
Pemilik kereta Proton Wira, Syukri Mad Darus, 30, berkata, beliau hanya menyedari kebakaran keretanya pada bahagian enjin pada pukul 6 pagi apabila diberitahu jiran-jirannya.
"Apabila saya turun ke bawah, api sudah dapat dipadam. Ada jiran-jiran saya nampak api pada pukul 4 pagi di kawasan berdekatan tempat pembuangan sampah,” katanya yang menganggarkan kerugian keretanya antara RM5,000 hingga RM6,000.
Pemilik Nissan Terrano, Sofian Aminsah, 42, berkata, keretanya terbakar pada bahagian belakang.


No comments:

Advertisement