ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 4, 2011

Jaket Kalis Peluru Tidak Memberi Kesan !!



PETALING JAYA — Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman.
Beliau berkata, peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.
"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini hari ini.
Dr. Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. — Bernama


No comments:

Advertisement