ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, September 4, 2011

10 Bas Disaman Sempena Raya !!



ALOR SETAR - Sepuluh kes membabitkan syarikat bas dicatatkan sepanjang tempoh Ops Raya 2011 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang dijalankan di terminal Bas Shahab Perdana di sini dan hentian bas di Sungai Petani.
Pengarahnya, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, kes-kes berkenaan termasuk mengenakan kadar tambang yang lebih mahal berbanding kadar biasa, bas lewat sampai dan bas yang disediakan tidak berada dalam keadaan yang baik.
Katanya ia adalah hasil aduan daripada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres di kedua-dua terminal bas itu.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuat pemeriksaan tayar terhadap 23 bas dan mendapati semuanya berada dalam keadaan yang baik.
"Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut melakukan pemeriksaan terhadap pemandu-pemndu bas dan didapati dua pemandu bas positif dadah dan mereka (pemandu bas) tidak dibenarkan memandu dan syarikat perlu menukar pemandu lain bagi meneruskan perjalanan,” kata kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Musadad berkata dalam operasi yang dijalankan di kedua-dua terminal bas itu malam tadi, sebanyak 48 buku log pemandu bas diperiksa berbanding hari biasa iaitu hanya sekitar 20 buku log sahaja diperiksa.
"Syarikat-syarikat bas turut diminta agar menyediakan dua pemandu bagi membolehkan mereka bergilir-gilir sewaktu dalam perjalanan,” katanya. - Bernama


2 comments:

Advertisement