ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Friday, September 23, 2011

Cubaan Seludup Wang RM253Ribu Dihidu Kastam !!


PADANG BESAR – Kastam Perlis merampas wang tunai berjumlah RM253,000 dan menahan seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai cuba menyeludup masuk wang tersebut di Kompleks Imigresen, di sini semalam.
Pengarah Kastam Perlis Mohd Pudzi Man berkata wang itu disita hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang tiba dari Thailand pada 12.45 tengah hari.
Wang kertas itu yang
ditemui dalam empat bungkusan disorokkan di bawah tempat duduk penumpang belakang pada kenderaan pikap terbabit, katanya kepada media, di sini hari ini.
Katanya pemandu berusia 24 tahun itu gagal mengemukakan dokumen berkaitan wang berkenaan selain tidak mengikrarkannya dalam borang Kastam K22.
Lelaki itu yang mengaku bekerja sebagai penoreh getah mendakwa wang tersebut untuk membayar hutangnya di negara ini, kata Mohd Pudzi.
"Kami sedang menyemak rekod kemasukan individu berkenaan ke negara ini. Kami juga telah mengambil kenyataan daripada tiga rakyat tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan kes itu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) dan Sekyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barang larangan import, katanya. - Bernama


1 comment:

alin said...

besnye ade duit banyak tuu...hee~~
alin recently posted; cintai aku

Advertisement