ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, August 18, 2011

Pesawah Maut Ditetak Abang Ipar !!


KUANTAN — Seorang pesawah maut selepas ditetak dengan sebilah parang oleh abang iparnya di sebuah petak sawah di Kampung Permatang Chekeroh, Nenasi dekat Pekan petang semalam.



Mohamad Romli Hashim, 62, yang cedera parah di bahagian bawah lutut kanan meninggal dunia di tempat.


Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika Mohamad Romli sedang membersihkan kawasan sawah padinya.


"Dipercayai sebelum kejadian berlaku pertengkaran di antara mereka di mana suspek mendakwa mangsa telah menceroboh tanah sawahnya dengan meracun rumput di kawasannya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Yahaya berkata, abang ipar mangsa, 64, yang berasal dari Kampung Serun, Nenasi telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis daerah Pekan sejurus selepas kejadian dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata punca sebenar kejadian juga masih disiasat. — Bernama





No comments:

Advertisement