ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, August 18, 2011

[kantoi] Pembekal Sorok Mercun Dalam Reban Ayam !!


MARANG – Taktik seorang pembekal mercun menyorokkan bahan larangan itu di dalam reban ayam berhampiran rumahnya terbongkar selepas polis menyerbu kediamannya di Kampung Rhu Rendang, di sini Selasa lepas.



Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pembekal yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai kira-kira RM7,000 di dalam reban ayam dan rumah berkenaan.


Bercakap kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar di sini hari ini beliau berkata, lelaki itu dipercayai seorang pembekal mercun kecil-kecilan untuk pasaran di sekitar daerah ini.


Sementara itu, dalam serbuan berasingan, dua lagi pembekal mercun kecil-kecilan ditahan. – Bernama





No comments:

Advertisement