ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Saturday, August 6, 2011

Penyanyi Awi Rafael Accident Teruk Di Lebuhraya Federal .. !!!

KL, 4 OGOS 2011: Apa yang menimpa penyanyi Awi Rafael ni, betul-betul mengejutkan. Dengan tidak semena-mena dia terlibat pula dengan kemalangan yang teruk, petang semalam.



Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco 
yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.




Masa tu, Awi Rafael baru saja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam dan baju Melayu masih lagi dipakainya bersama samping dan songkok.


Entah macam mana, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Mujurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku pada Awi Rafael.


Kalau ada pun setakat terhantuk biasa. Tapi, disebabkan kejadian itu, Awi Rafael masih lagi dalam keadaan terkejut. Yelah, kalau sesiapa pun yang ada kat tempat Awi Rafael pun, mestilah jadi trauma.




Lagipun, kemalangan yang dialaminya tu memang teruk. Korang tengok sendirilah gambarnya. Silap-silap haribulan, memang boleh meragut nyawanya. Tapi, Tuhan masih sayangkan lagi Awi Rafael.


Lagipun, mungkin inilah dugaan Tuhan pada bulan ramadan yang penuh keberkatan ini ya. Kita kena selalu beringat padanya. Yang sedihnya tu, kereta pacuan roda yang digunakannya itu masih baru dan bukanlah miliknya.


** sumber : mulut murai



3 comments:

Nizam Ijam said...

ooo.. eksiden dia erk..nasib baik dia ok..

Mambang Terbang said...

bulan ramadhan ni bermacam2 dugaan datang...kesian kt die...

Firdaus Life said...

nasib baik x teruk sangat tuan dan keretanya

Advertisement