KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2011: Selepas 5 bulan mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada awal Februari tahun ini, akhirnya hubungan pengacara popular Ally Iskandar dengan naib juara program realiti Gadis Melayu musim yang pertama itu telah pun berakhir secara rasmi pada Sabtu lalu.
Pasangan ini telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka secara baik kerana wujudnya ketidaksefahaman di dalam hubungan mereka selama ini. Keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka juga turut diterima oleh keluarga masing-masing.
Malah, pada Sabtu lalu, pihak keluarga Ally juga sendiri telah bertandang ke rumah keluarga Aishah di Ampang, Selangor untuk tersebut serta memulangkan cincin pertunangan mereka mengikut adat.
Ketika ditemui, Ally Iskandar memberitahu, apa yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapinya.
"Saya sedih. Tapi, kita sudah berusaha untuk mencuba. Tapi, apa yang boleh kami katakan, sepanjang tempoh 5 bulan kami bertunang, sukar untuk kami mencari persefahaman. Malah, prinsip kami juga agak berbeza.
"Rasanya ini adalah jalan yang terbaik (memutuskan pertunangan). Kami sama-sama yang ambil keputusan ini dan kami juga memutuskan pertunangan ini secara baik.
"Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk cuba memulihkan perasaan saya. Mungkin dengan memberikan tumpuan terhadap kerjaya, ia mampu memberikan hasil. Insya Allah," katanya kepada murai.com.my.
Menurut Ally Iskandar lagi, keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Nur Aishah juga tiada kena-mengena langsung dengan tindakan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang turut berbuat demikian terhadap tunangnya baru-baru ini.
"Apa yang saya lakukan ini, langsung tiada kena-mengena dengan dia," katanya.
** sumber : mulut murai
No comments:
Post a Comment