ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, August 23, 2011

Lelaki Mati Ditembak Di Depan Restoran !!


IPOH — Seorang lelaki mati selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Simpang, Taiping, 95 km dari sini semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, R.Tamil Vanan, 26, dari Taman Pengkalan Maju, Taman Kaya, Simpang, Taiping, yang mengalami cedera parah di badan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Taiping.



Kejadian berlaku pada 6.50 petang semalam ketika mangsa berada di hadapan restoran berkenaan telah dihampiri oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.


"Motif pembunuhan belum dapat dipastikan tetapi dipercayai ada kaitan dengan kes pengedaran dadah,” kata Dzuraidi.


Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Taiping menerusi telefon 05-8291222. — Bernama





No comments:

Advertisement