ADVERTISEMENT

Terbaru Disini :

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Tuesday, August 23, 2011

Asrama Sekolah Di Kunak Musnah Terbakar !!


TAWAU — Asrama Sekolah Menengah Agama Kunak, 98 kilometer dari sini yang menempatkan seramai 201 pelajar, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Kamaruddin Sabanah berkata, dalam kebakaran pada 12.49 tengah malam itu, 12 anggota bomba dapat mengawal api daripada merebak dalam masa 20 minit.


"Ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak di samping angin kencang,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Kamaruddin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Sekolah Menengah Agama Kunak adalah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. — Bernama





No comments:

Advertisement