ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, August 18, 2011

Lelaki Kaya Mengupah Orang Supaya Merosakkan Lamborghini nya !!


BEIJING – Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao.



Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.


Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.


Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.


Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. – Agensi



** sumber : kosmo

2 comments:

taoslayerz said...

adoyaiii..kosmo kosmo.. awat cam lembab jer. nih post lame kot.

cer mambang buat carian pasal nih kat blog tao..dah lame ade dah~

Mambang Terbang said...

kehkehkehhh.. xD

Advertisement