ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Thursday, July 28, 2011

Aksi David Archuleta Buat Gadis HISTERIA.......!!!!!!!!!!


KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2011: Aksi Naib Juara American Idol Musim 7, David Archuleta dalam konsert jelajahnya, The Other Side of Down Tour Live In Malaysia 2011, membuatkan lebih daripada 2,500 peminat dan penonton yang membanjiri Stadium Negara, malam semalam menjadi teruja sehingga tidak lepas-lepas menjerit namanya.




Apa tidaknya, kemunculan anak kelahiran Miami, Florida pada awal jam 9 malam itu telah memecah suasana yang lebih havoc apabila dia menyampaikan lagu Stomping The Roses dan single ke empatnya, The Other Side of Down.
Biarpun ruang legar dalam stadium tersebut agak lopong, namun suasananya seperti dibanjiri lebih 10, 000 ribu penonton apabila peminatnya yang terdiri daripada anak gadis ini tidak berhenti menjerit melihat aksi comel David Archuleta menyanyi.
Vokal David Archuleta juga boleh dikatakan hebat biarpun dia kelihatan sedikit termengah-mengah ketika membawakan lagu-lagu rancak seperti Something 'Bout Love dan Elevator.Namun, kelemahan David itu tidak dipeduikan oleh penontonnya yang kelihatan sangat terhibur dengan persembahannya.



Malah, David teruskan persembahannya dengan lagu popularnya,Touch My Hand. Kali ini David benar-benar bikin peminatnya hysteria apabila dia menyanyi lagu tersebut sambil menghulurkan tangannya kearah pemiant yang agak jauh dan tidak akan tercapai olehnya.
Berbeza dengan konsert antarabangsa lain, David juga tidak merancang atau melakukan apa-apa tarian untuk setiap lagunya. Apa yang mampu dilakukan hanya memberi ekspresi sepenuhnya kepada wajahnya yang comel itu dan hanya sekali sekala berlari-lari mengikut rentak muzik dari hujung kiri hingga ke hujung kanan pentas.
Wajah comel David yang kelihatan sangat bersungguh-sungguh dalam membawa dan mengahayati bait-bait lagu yang disampaikan bagai telah memukau penonton dan peminat setianya yang hadir malam tersebut.


Tidak cukup dengan itu, penyanyi yang baru berusia 20 tahun ini turut telah menunjukkan bakatnya dalam bermain piano. Ternyata David memang seorang anak seni yang berbakat kerana dia berjaya menyanyi sambil bermain piano ketika menyanyikan lagu My Kind of Perfect dan sebuah lagu dari penyanyi Vanessa Carlton berjudul A Thousands Mile.
David juga mempunyai tabiat tersendiri ketika bernyanyi iaitu sering memejamkan matanya terlalu lalma , lebih-lebih lagi ketika membawakan lagu-lagu slow seperti Love Don't Hate, Falling Stars dan Everything & More.
Peminat bagai tak percaya bila David mengumumkan lagu ke-14 yang dinyanyikan iaitu Zero Gravity adalah lagu terakhir kerana rata-rata seperti tidak puas cukup puas berhibur dengannya. David bagaimanapun berlalu pergi dari pentas lagu tersebut dengan mengucap "Terima Kasih Malaysia" selepas selesai menyanyikan lagu tersebut.


Namun, semua itu adalah gimik semata-mata kerana David kembali ke atas pentas beberapa mint kemudian setelah dipanggil beberapa kali oleh peminatnya. Tanpa melengahkan masa, David terus menyampaikan 3 buah lagu lagi iaitu Heavan nyanyian asal Bryan Adams, Crazy nyanyian asal Gnarls Barkley dan sebuah lagu popularnya iaitu Crush sebagai penutup konsert malam itu.
Apa yang pasti, pada konsert yang berlangsung selama lebih kurang dua jam itu David telah mendendangkan 17 buah lagu kesemuanya. Sementara, penyanyi tempatan yang juga naib juara Astro Star Quest 2008 iaitu Hao Ren pula telah membuka tirai persembahan dalam konsert tersebut.



** sumber : disini


No comments:

Advertisement