ADVERTISEMENT

Powered By Blogger

Lain-lain Cerita Yang Menarik

Sunday, June 19, 2011

MENARIK : 5 GADGET YANG DIKUASAKAN OLEH AIR . . . ! ! !


Jam loceng berkuasa air- Bayangkan sebuah jam loceng (bukannya jam tangan kinetik) yang tidak memerlukan bateri atau putaran mekanikal tetapi cuma beberapa titik air kosong dan garam secukup rasa (wah macam memasak pulak). Jam terus berfungsi dalam keadaan yang mesra alam.




Radio berkuasa air- Radio ini merupakan radio bilik mandi. Radio bilik mandi yang lain biasanya berkuasa elektrik, kalau tidak pun berkuasa bateri. Radio ini disambungkan terus ke paip air yang kemudiannya akan menghidupkan radio sekiranya air mengalir melaluinya. Di dalam radio ini ada satu mekanisme turbin seperti turbin hidroelektrik. Dalam bilk air pun nak dengar radio? Kalau karaoke best jugak.



Bateri berkuasa air- Wah! Senang betul nak cas bateri ni, tak payah cari sumber elektrik langsung. Aluminium dan magnesium dalam bateri akan bereaksi dan menghasilkan tenaga elektrik bila terkena sebarang cecair atau umumnya air biasa. Buat masa ini hanya boleh didapati di Jepun dalam saiz AAA dan AA.



Janakuasa (generator) berkuasa air- Janakuasa ini memerlukan satu katrij khas yang akan diisikan air untuk menjanakan kuasa elektrik yang dalam kapasiti biasa boleh mengecas komputer riba sehingga sepuluh kali. Boleh membekalkan tenaga kepada alat rendah penggunaan tenaga seperti lampu dan televisyen.



Kalkulator berkuasa air- Saya tidak pasti adakah alat ini relevan kerana kalkulator berkuasa suria sudah berlambak di pasaran dengan harga yang teramat murah jika dibandingkan dengan yang berkuasa air serta lebih tahan lama. Kalkulator berkuasa air paling lama pun hanya mampu bertahan selama 3 bulan sebelum di tambah air semula.


*dunia semakin maju :)




**post ini dikreditkan kepada : sumber mambang

1 comment:

Unknown said...

yang kalkutator itu ayie tidak pasti lol..hehe

Advertisement