BESUT — Seorang lelaki ditemui mati tergantung selepas mengugut untuk mencederakan isteri dan anggota keluarganya dalam satu kejadian di Kampung Tembila Besut di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi, mangsa berusia 30-an yang tidak mempunyai pekerjaan itu dilaporkan bergaduh dengan isterinya sebelum bertindak mengambil sebilah parang di dapur untuk mencederakan anggota keluarganya.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, oleh kerana takut dicederakan dan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, isteri mangsa segera membawa tiga anaknya berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun serta ibu mertuanya keluar dari rumah.
"Kira-kira 15 minit kemudian, isterinya mendengar dentuman kuat dari dalam rumah dan apabila memeriksa mendapati suaminya yang juga seorang penagih dadah sudah tergantung di kawasan ruang tamu rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.
Polis mengklasifikasikan kes itu itu sebagai kematian mengejut.
No comments:
Post a Comment