ADVERTISEMENT
Pages
Labels
Lain-lain Cerita Yang Menarik
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Thursday, March 10, 2016
[Video] Saat-saat Cemas Budak Jatuh Dari Van Diatas Jalan Raya..!!!
Rakaman video dari sebuah kereta menunjukkan seorang budak berumur 2 tahun tiba-tiba terjatuh diatas jalan raya melalui pintu belakang van tersebut sewaktu datuknya menggerakkan van itu. (Video boleh dilihat dibahagian bawah post ini)
Selepas dari itu, kanak-kanak tersebut dilihat bangun dan cuba untuk mengejar van datuknya di tengah-tengah jalan raya yang sedang sibuk. Mujur pemandu dibelakang van itu ternampak budak itu terjatuh, dengan segera mereka terus mengambil budak itu ditengah-tengah jalan raya.
Datuk kepada budak itu, YANG Defu, berkata "saya tengah menunggu lampu untuk hijau. Selepas melepasi lampu isyarat tersebut ada sebuah kereta mengejar saya dan membunyikan hon berkali-kali".
"Pemandu tersebut memberitahu saya bahawa ada budak jatuh dari van saya. Saya pun terus melihat ke belakang, memberhentikan van dan terus turun mencari cucu saya".
YANG berkata pintu belakang van nya itu sudah rosak kerana beberapa hari lepas bahagian belakang van nya itu terlibat dalam kemalangan.
Insiden ini berlaku di bandar Suzhou bahagian timur China.
*video
*sumber
Pemandu Van Scooby Doo Diburu Polis...!!!
Polis dibahagian utara California sedang menjejaki pemandu van yang memandu van yang menyerupai Mystery Machine dari siri kartun Scooby Doo.
Van tersebut terlibat dalam sesi kejar mengejar dengan anggota polis merentasi 4 negeri dengan kelajuan melebihi 100mph.
Pemandu van, Sharon Turman, 51, sudah pun meninggalkan van beliau ketika van nya ditemui, ramai penduduk disitu mengatakan van tersebut sudah menjadi seperti rumah beliau, dan sekarang van itu telah disita.
Sharon Turman
Penduduk tempatan juga menyifatkan beliau sebagai "baik hati" kerana beliau sentiasa tidak kisah sekiranya ada orang yg ingin bergambar dengan van tersebut. Ramai juga yang terkejut bahawa van kesukaan mereka terlihat dalam berita tv dalam sesi kejar mengejar dengan polis.
Sesi kejar mengejar itu berlaku menurut KRCR News, apabila Sharon Turman pergi untuk membuat sesi rutin pemulihan akhlak dan selepas itu beliau membuat keputusan untuk memecut van beliau.
Pegawai akhlak beliau menghubungi pihak polis yang membawa 4 buah kerea polis dan sebuah helikopter untuk mengejar van tersebut.
Dalam sesi kejar mengejar itu akhirnya pihak polis terpaksa berundur kerana cara pemanduan Sharon Turman terlalu berbahaya dan laju. Seorang daripada pegawai polis yang terlibat dalam kejar mengejar itu berkata Sharon Turman hampir melanggar kenderaan lain dan membelah lampu isyarat merah pada kelajuan 70mph.
Sharon Turman masih lagi dalam pencarian polis sekarang ini, kerana hanya van beliau sahaja dijumpai berada dikawasan Cottonwood di Bandar Tehama.
*sumber
[Video] Wanita Ditahan Memandu Kereta Dengan Pokok Melekat Dihadapan Kereta...!!!
Seorang wanita berhadapan dengan tindakan mahkamah setelah aksinya memandu kereta dengan pokok terlekat dibahagian hadapan bumper kereta berjaya dirakamkan. (Video boleh dilihat pada link di penghujung post ini)
Polis di Roselle, illinios, berkata pokok itu berketinggian 15 kaki.
Aksi yang dirakamkan pada bulan januari 2016 itu menerima beribu-ribu likes dan share pada page Facebook Jabatan Polis negara berkenaan.
Naib Ketua Polis, Roman Tarchala memberitahu Chicago Tribune " kami tidak berada disana semata-mata untuk mengukurnya, tetapi is sebatang pokok yang amat besar dengan hanya melihat saja".
Selepas polis menahan pemandu wanita tersebut pada pukul 11.10malam bertarikh 23 januari 2016, mereka terlihat airbag juga sudah terkeluar, mungkin selepas melanggar pokok itu.
Pemandu yang bersalah itu, Maryann Christie, 54, memberitahu polis bahawa beliau terlanggar pokok di sesuatu tempat tetapi beliau tidak ingat di mana.
Wanita tersebut ditahan reman dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan akan dibicarakan di DuPage Country Court pada 15 April 2016 ini.
*video (updated link :D)
*sumber
Wednesday, February 20, 2013
Lelaki Ini Masih Hidup Walaupun 21 Butir Peluru Menembusi Badannya..!!
Angel Alvarez berusia 23 tahun mengalami kecederaan tahap kritikal didalam pertempuran senjata di Harlem, New York, diwaktu pagi ahad lepas.
"Insiden itu bermula apabila Alvarez mula berkelahi dengan seorang lelaki, Luis Sato, 21 tahun, menggunakan revolver nya pada parti jalanan", kata seorang saksi.
Polis mengatakan bahawa Alvarez menembak salah seorang pegawai mereka yang cuba mendekati mereka berdua itu. Pegawai tersebut membalas serangan, membunuh soto dan menembak bertubi-tubi pada alvarez. Dua pegawai polis dan tiga orang awam mengalami kecederaan.
Mengikut dari keluarga Alvarez, sebanyak 21 ke 23 peluru yang ada pada tubuh Alvarez pada ketika itu. Pakar Rekod Dunia menyatakan bahawa itu boleh dijadikan sebagai rekod dunia kena tembak paling banyak tetapi masih berjaya diselamatkan.
Friday, July 13, 2012
Justin Bieber Disaman $9Juta Selepas Seorang Wanita Mendakwa Konsert Justin Itu Merosakkan Telinganya !!
Justin Bieber telah disaman $ 9 juta sebagai ganti rugi selepas seorang wanita di Amerika Syarikat mendakwa salah satu daripada pertunjukkannya Kanada menyebabkan kerosakan kekal pada telinganya.
Keretapi Merempuh Lori Yang Sarat Dengan Manusia Hingga Terbelah Dua !!
Johannesburg - Sebuah kereta api arang batu yang terperosok ke dalam sebuah lori yang dipenuhi dengan pekerja ladang pada masa itu cuba untuk menyeberangi landasan di Mpumalanga.
Thursday, July 12, 2012
Tuesday, July 10, 2012
[video] Ular Sawa Melilit Bayi Ini Ketika Sedang Tidur !!
Seorang budak lelaki berusia satu tahun di Mattoon, Ill, sedang pulih selepas ular sawa jiran terlepas dan merangkak ke dalam tempat tidur budak itu, ular tersebut melilit seluruh kakinya.
Monday, July 9, 2012
Thursday, July 5, 2012
Ariel Peterpan Akan Dibebaskan 23 Julai ini !
Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bakal dibebaskan awal dari tarikh sebenarnya dia dibebaskan iaitu pada 23 Julai 2012.
Pengawal Pantai Dipecat Kerana Menyelamatkan Orang Lemas !!
Hallandale Beach, Florida - Lifeguard Tomas Lopez membantu menyelamatkan orang tenggelam dan dipecat untuk itu.
Tuesday, March 27, 2012
Inilah Budak Yang Tidak Boleh Makan : Dia Boleh Mati Jika Makan Atau Menghidu Makanan !
Banyak kanak-kanak lelaki pra-remaja mempunyai diet yang tidak mempunyai daya imaginasi, tetapi bagi seorang lelaki muda menu simplistik bukan adalah perkara pilihan, tetapi hidup dan mati.
Monday, March 26, 2012
Kasut Istimewa Adik Ini Yang Menggantikan Kaki nya
Ketika dia kehilangan jari kaki dan sebahagian dari kakinya akibat dari penyakit meningitis, Ava Bainbridge belum lagi belajar cara berjalan. Ava mendapat penyakit yang membawa maut itu pada hujung bulan Januari ketika dia berumur 14 bulan.
Monday, March 19, 2012
Lelaki Tua Kurang Upaya Cabul Remaja !!
BACLARAN (Filipina): Seorang warga Kanada ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan ketika mencabul seorang remaja di Baclaran, Paraque City.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Advertisement
Popular posts
- KATA-KATA RINDU BUAT KEKASIH . . . .
- MUTIARA KATA PERPISAHAN . . .
- Pramugari MAS Yang TERLaMPAU....!!!!!!!!!!!!
- Informasi : KUMPULAN KOREA GIRLS GENERATION gambar SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK . . ! ! !
- TOP 10 : TEMPAT PALING SERAM DI DUNIA...! ! ! !
- Kanak2 Ini Telah Melahirkan Anak Pada Usia 10 Tahun Akibat Dirogol !!
- Julia Perez Berbogel Dalam Filem Terbarunya ???
- Fesyen Seluar Dalam Ketat TERBARU 18sx...!!!!!!
- Guru Biologi Ditangkap Separuh Bogel Dengan Pelajarnya Yang Berusia 17 Tahun !!
- Video-Video BERSIH 2.0 Pada 9 JULAI 2011...!!!! Latest....























